Sunday, June 7, 2009

KENANGAN ISTIMEWA DI KAABAH ( MUE: 01).

Kisah yang disiarkan dalam buku ini bukanlah untuk menakutkan mana-mana pihak ataupun bakal haji yang ingin menunaikan haji di Mekah.Ianya hanya untuk menarik perhatian kepada bakal haji yang akan menunaikan ibadat haji agar sebelum menjejakkan kaki anda di tanah suci kota Mekah,hendaklah anda benar-benar bertaubat pada Allah S.W.T dan mendalami rukun-rukun haji dengan sempurna.

Halal menghalalkan yang mana perlu,menjelaskan hutang dan silalah bermaaf-maafan dengan ibu bapa,suami isteri,saudara kandung,handai taulan, dan lain-lain agar ibadat haji yang bakal dilakukan nanti akan berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. ( Harga senasakah :RM 10.00).

CURANG ( MUE:02)

Salah satu dari hadis Nabi S.A.W ada menyebutkan bahawa apabila seseorang muslim itu berkahwin dia telah menyempurnakan setengah daripada agamanya,maka dia hanya perlu menyempurnakan yang setengah lagi,iaitu terhadap ibadahnya.Kerana perkahwinan dan kekeluargaan adalah sangat penting dalam sistem islam.

Selaku seorang isteri dalam melakukan ibadahnya melaksanakan tugasnya sebagai isteri,hendaklah isteri itu bersifat jujur dalam segala hal,tidak boleh curang.Ajaran islam mengajarkan bahawa kejujuran merupakan puncak segala keutamaan dan asas kemulian akhlak.

Kejujuran pada gilirannya akan membimbing manusia ke arah kebaikan,menghantar manusia ke syurga.Sebaliknya curang dan dusta membawa manusia menuju kezaliman dan kejahatan dan mengheret ke dalam api neraka dan siksa.(Harga senaskah :RM10-00)

Saturday, June 6, 2009

KEJAIBAN (MUE:03).


Mengandungi kisah-kisah benar yang ajaib.Dengan pantas Lebai Musa memegang ibu jari kaki isterinya dengan membacanya ayat-ayat tertentu.Diulangi tiga kali.Ketika itu Siti Nurulhana merasakan gigitan itu ibu jari kakinya dilepaskan lalu terdengar bunyi benda jatuh di hujung katil.( Hargasenaskah:RM12.00).

KARAMAH 4 SAHABAT (MUE:04).

  • Serbannya boleh memadamkan api kebakaran besar
  • raja lumpuh kerana menganggu isteri nabi ibrahim
  • tertidur hampir 100 tahun
  • boleh berkata-kata dengan ahli kubur
  • sejadah terapung di udara
  • Tiba-tiba wujud telaga di tengah padang pasir yang tandus.(Harga senaskah : RM 12.00).

TRAJIS ( MUE : 05 ).


"Kaki Babu melekat di Bumi bagaikan dipegang oleh sesuatu dari liang lahad.Agaknya tangan ibunya yang memegangnya.Tapi setelah Babu meninggal dunia dengan mudah pula kakinya ditarik keluar dari dalam kubur" ( Harga senaskah :RM 10.00).

KARAMAH ORANG-ORANG SOLEH ( MUE: 06).).


Syaqiq segera minum dan ternyata bahawa minuman yang dibuat dari campuran pasir dan air itu tadi terasa seperti bubur sawi yang sangat sedap rasanya.Manis dan wangi.Seumur hidup Syaqiq tidak pernah menjumpai makanan sesedap itu.

Sehinggalah beberapa hari Syaqiq merasa kenyang dan tidak memerlukan makanan dan minuman yang lain sehingga sampai ke Mekah.( Harga senaskah: RM 12.00).

BAHAN-BAHAN DARI TUMBUHAN DI BUMI(MUE:07)

kami memperkenalkan pada anda banyak jenis pokok-pokok tumbuhan di bumi yang mana sebahagian besar struktur pokok-pokok tumbuhan tersebut boleh dijadikan ubat-ubatan tradisional dan telah memanfaatkan oleh orang tua-tua kita sejak zaman-berzaman lagi sebelum perubatan cara moden diperkenalkan dan berkembang kegunaannya.

Sebahagiaan besar tumbuh-tumbuhan yang kami dihidangkan di buku ini disertakan sekali dengan nama-nama saintifiknya untuk rujukan pelajar-pelajar jurusan pertanian dan perubatan.( Harga senaskah : RM 20.00).