Saturday, June 6, 2009

JAUH DI PULAU RAHSIA ( MUE:09).

berbentuk sains fiksyen,mengisahkan seorang pelajar sains bercita-cita mahu menjadi pencipta dan saintis.Hafiz suka menggunakan alat-lalat eletronik sebagai bahan kajian dan mencipta bahan sains.Satu hari dia balik ke kampung bersama keluarga dan cuba mengubah suai bot nelayan untuk dijadikan eksperiman.dia bersama beberapa orang anak nelayan melarikan bot berkenaan ke laut.

Tetapi mereka terkandas di sebuah pulau.Di situ mereka terperangkap dalam kegiatan seorang saintis,mahu menguasai kegiatan haram di laut.Saintis itu mencipta bergabai alat yang menarik minat Hafiz.Disebabkan Hafiz tidak tahu muslihat saintis berkenaan,dia turut membantu mencipta bahan-bahan elektronik yang dipelajari.Kebanyakkan ciptaan saintis itu,sebenarnya menjadi bahan kajian selama ini.

Kawan-kawannya di kalangan anak nelayan pula,cuba melarikan diri dari perangkap tersebut.Tetapi mereka dikawal keras oleh pengawal-pengawal di pulau berkenaan.Disebabkan Hafiz mengetahui setiap ciptaan sains yang dibuat oleh saintis berkenaan,dia berjaya memusnahkan tempat persembunyian di pulau tersebut yang menjadi rahsia kepada saintis berkenaan.(Harga senaskah : RM 10.00).

No comments:

Post a Comment