Sunday, June 7, 2009

KENANGAN ISTIMEWA DI KAABAH ( MUE: 01).

Kisah yang disiarkan dalam buku ini bukanlah untuk menakutkan mana-mana pihak ataupun bakal haji yang ingin menunaikan haji di Mekah.Ianya hanya untuk menarik perhatian kepada bakal haji yang akan menunaikan ibadat haji agar sebelum menjejakkan kaki anda di tanah suci kota Mekah,hendaklah anda benar-benar bertaubat pada Allah S.W.T dan mendalami rukun-rukun haji dengan sempurna.

Halal menghalalkan yang mana perlu,menjelaskan hutang dan silalah bermaaf-maafan dengan ibu bapa,suami isteri,saudara kandung,handai taulan, dan lain-lain agar ibadat haji yang bakal dilakukan nanti akan berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. ( Harga senasakah :RM 10.00).

CURANG ( MUE:02)

Salah satu dari hadis Nabi S.A.W ada menyebutkan bahawa apabila seseorang muslim itu berkahwin dia telah menyempurnakan setengah daripada agamanya,maka dia hanya perlu menyempurnakan yang setengah lagi,iaitu terhadap ibadahnya.Kerana perkahwinan dan kekeluargaan adalah sangat penting dalam sistem islam.

Selaku seorang isteri dalam melakukan ibadahnya melaksanakan tugasnya sebagai isteri,hendaklah isteri itu bersifat jujur dalam segala hal,tidak boleh curang.Ajaran islam mengajarkan bahawa kejujuran merupakan puncak segala keutamaan dan asas kemulian akhlak.

Kejujuran pada gilirannya akan membimbing manusia ke arah kebaikan,menghantar manusia ke syurga.Sebaliknya curang dan dusta membawa manusia menuju kezaliman dan kejahatan dan mengheret ke dalam api neraka dan siksa.(Harga senaskah :RM10-00)

Saturday, June 6, 2009

KEJAIBAN (MUE:03).


Mengandungi kisah-kisah benar yang ajaib.Dengan pantas Lebai Musa memegang ibu jari kaki isterinya dengan membacanya ayat-ayat tertentu.Diulangi tiga kali.Ketika itu Siti Nurulhana merasakan gigitan itu ibu jari kakinya dilepaskan lalu terdengar bunyi benda jatuh di hujung katil.( Hargasenaskah:RM12.00).

KARAMAH 4 SAHABAT (MUE:04).

  • Serbannya boleh memadamkan api kebakaran besar
  • raja lumpuh kerana menganggu isteri nabi ibrahim
  • tertidur hampir 100 tahun
  • boleh berkata-kata dengan ahli kubur
  • sejadah terapung di udara
  • Tiba-tiba wujud telaga di tengah padang pasir yang tandus.(Harga senaskah : RM 12.00).

TRAJIS ( MUE : 05 ).


"Kaki Babu melekat di Bumi bagaikan dipegang oleh sesuatu dari liang lahad.Agaknya tangan ibunya yang memegangnya.Tapi setelah Babu meninggal dunia dengan mudah pula kakinya ditarik keluar dari dalam kubur" ( Harga senaskah :RM 10.00).

KARAMAH ORANG-ORANG SOLEH ( MUE: 06).).


Syaqiq segera minum dan ternyata bahawa minuman yang dibuat dari campuran pasir dan air itu tadi terasa seperti bubur sawi yang sangat sedap rasanya.Manis dan wangi.Seumur hidup Syaqiq tidak pernah menjumpai makanan sesedap itu.

Sehinggalah beberapa hari Syaqiq merasa kenyang dan tidak memerlukan makanan dan minuman yang lain sehingga sampai ke Mekah.( Harga senaskah: RM 12.00).

BAHAN-BAHAN DARI TUMBUHAN DI BUMI(MUE:07)

kami memperkenalkan pada anda banyak jenis pokok-pokok tumbuhan di bumi yang mana sebahagian besar struktur pokok-pokok tumbuhan tersebut boleh dijadikan ubat-ubatan tradisional dan telah memanfaatkan oleh orang tua-tua kita sejak zaman-berzaman lagi sebelum perubatan cara moden diperkenalkan dan berkembang kegunaannya.

Sebahagiaan besar tumbuh-tumbuhan yang kami dihidangkan di buku ini disertakan sekali dengan nama-nama saintifiknya untuk rujukan pelajar-pelajar jurusan pertanian dan perubatan.( Harga senaskah : RM 20.00).

KELUHAN JIWA REMAJA ( MUE:08).


Namun aku masih menyayangimu kerana sehingga kini rindukan masih untukmu.Seandainya resahmu menyala-nyala itulah hembusan rinduku untukmu dimana juga kau berada.Jangan lupakan aku walaupun sesaat.Hubungilah aku disini walaupun sesibuk mana pun aku,aku masih ada ruang untuk aku luangkan buatmu.

Sekiranya aku dapat menerimamu dengan seadanya dan kau jua dapat menerimaku dengan seadanya,itulah tanda keikhlasan kita bersama.Siapa sangka jadi begini,bagiku perpisahan ini mengajar aku lebih dewasa mengenali erti kesepian,kerinduan,keresahan serta sebuah kesetian.Aku tidak pasti berapa lamakah penantian akan berakhir? ( Harga senaskah : RM 8.00).

JAUH DI PULAU RAHSIA ( MUE:09).

berbentuk sains fiksyen,mengisahkan seorang pelajar sains bercita-cita mahu menjadi pencipta dan saintis.Hafiz suka menggunakan alat-lalat eletronik sebagai bahan kajian dan mencipta bahan sains.Satu hari dia balik ke kampung bersama keluarga dan cuba mengubah suai bot nelayan untuk dijadikan eksperiman.dia bersama beberapa orang anak nelayan melarikan bot berkenaan ke laut.

Tetapi mereka terkandas di sebuah pulau.Di situ mereka terperangkap dalam kegiatan seorang saintis,mahu menguasai kegiatan haram di laut.Saintis itu mencipta bergabai alat yang menarik minat Hafiz.Disebabkan Hafiz tidak tahu muslihat saintis berkenaan,dia turut membantu mencipta bahan-bahan elektronik yang dipelajari.Kebanyakkan ciptaan saintis itu,sebenarnya menjadi bahan kajian selama ini.

Kawan-kawannya di kalangan anak nelayan pula,cuba melarikan diri dari perangkap tersebut.Tetapi mereka dikawal keras oleh pengawal-pengawal di pulau berkenaan.Disebabkan Hafiz mengetahui setiap ciptaan sains yang dibuat oleh saintis berkenaan,dia berjaya memusnahkan tempat persembunyian di pulau tersebut yang menjadi rahsia kepada saintis berkenaan.(Harga senaskah : RM 10.00).

AWANG KITANG.( MUE:10 ).

Pemilihan sembilan buah cerita dari pertuturan lisan Awang Kitang dikaramkan menerusi penyampaian Allahyarham DAto` Sati Haji Daud bin Haji Ahmad dari jelebu,Negeri Sembilan oleh Jawantankuasa Penyeledikan Budaya Muzium Negeri Sembilan pada tahun 2002.Masih banyak cerita pertuturan lisan Awang Kitang,tetapi beberapa di antaranya tidak sesuai bagi bacaan pelajar di sekolah menengah.

Cerita-cerita yang termuat dalam koleksi ini mempunyai ciri-ciri dedakti,sindirin,keilmuan,simbolik, dan unsur-unsur nasihat.Misalnya menerusi 'cerita isteri ke seratus satu' memaparkan ilmu terlalu berharga dalam kehidupan seorang.Mereka yang tidak berilmu akan berhadapan dengan masalah serba kekkurangan.Begitu juga 'cerita si cadoi lurus bendul' ilmu menentukan kedudukan seseorang di tengah kehidupan bermasyarakat.Disamping itu juga ia memberi kesedaran kepada pelajar supaya sentiasa berusaha mencari ilmu.( Harga senasakah: RM 10.00).

RINDUKU JAUH DI KA'ABAH ( MUE:11).

Nilai kemanusiaan lebih besar dari kecintaan kerana kemanusiaan tiada batas sempadan meluahkan kasih sayang.Umi Romlah cuba mencari nilai kemanusiaan menerusi persekolahan sama ada di madrasah,di sekolah biasa mahupun institusi pengajian tinggi.Namun di pengajian juga tidak menemui nilai kemanusiaan kecuali nilai kecintaan yang bermartabat rendah.

Umi Romlah mengenali dua orang lelaki,Anwar dan Ustaz Fikri yang mempunyai nilai percintaan bermartabat rendah.Sekalipun kedua-dua orang lelaki itu mengenalkan dia dengan Muhammad Qayum yang memahami nilai kemanusiaan bermartabat tinggi tetapi Anwar dan Ustaz Fikri juga tidak menemuinya.Mereka sama-sama meneruskan pengajian untuk mencapai kesarjanaan tetapi kesarjanaan juga tidak mampu mencari nilai kemanusiaan sebaliknya sekadar percintaan bermartabat rendah.

Rinduku jauh di Kaabah merungkai falsafah nilai kemanusian bermartabat tinggi yang sukar dicapai oleh nilai percintaan yang bermartabat rendah kalau sekadar mahu menonjolkan kepekaan diri sebalik glori kesarjanaan.Novel ini digarap pengarangnya menerusi pendekatan self criticism yang sederhana.( Harga senaskah: RM 16.90).

MUKJIZAT NABI S.A.W DAN RASUL LAIN ( MUE:12)


Kemudian dengan kehendak Allah S.W.T yang Maha Kuasa,batu besar yang terdapat yang terdapat didalam rumah Abu Talib itu mengeluarkan sebatang pohon serta dahan-dahannya mengikut apa yang dikehendaki oleh Abu Jahal dan rakan-rakannya.
Mereka berasa kagum menyaksikan kejadian luar biasa itu yang berada di luar pemikiran mereka.( Harga senaskah: RM 12.00).

SUFI DAN KARAMAHNYA (MUE: 13 ).


Sebelum sempat jenazah diturunkan ke laut,tiba-tiba laut terbelah dua dan perahu turun sehingga sampai ke dasar laut .Dengan kuasa allah S.W.T,tiba-tiba air laut yang terbelah dua bercantum semula perlahan-lahan dn perahu naik sedikit demi sedikit.Akhirnya laut rata semula seperti sebelumnya.Ini adalah diantara kisah sufi.Terdapat banyak lagi kisah-kisah sufi yang terkandung dalam buku ini.