Sunday, June 7, 2009

CURANG ( MUE:02)

Salah satu dari hadis Nabi S.A.W ada menyebutkan bahawa apabila seseorang muslim itu berkahwin dia telah menyempurnakan setengah daripada agamanya,maka dia hanya perlu menyempurnakan yang setengah lagi,iaitu terhadap ibadahnya.Kerana perkahwinan dan kekeluargaan adalah sangat penting dalam sistem islam.

Selaku seorang isteri dalam melakukan ibadahnya melaksanakan tugasnya sebagai isteri,hendaklah isteri itu bersifat jujur dalam segala hal,tidak boleh curang.Ajaran islam mengajarkan bahawa kejujuran merupakan puncak segala keutamaan dan asas kemulian akhlak.

Kejujuran pada gilirannya akan membimbing manusia ke arah kebaikan,menghantar manusia ke syurga.Sebaliknya curang dan dusta membawa manusia menuju kezaliman dan kejahatan dan mengheret ke dalam api neraka dan siksa.(Harga senaskah :RM10-00)

No comments:

Post a Comment