Saturday, June 6, 2009

RINDUKU JAUH DI KA'ABAH ( MUE:11).

Nilai kemanusiaan lebih besar dari kecintaan kerana kemanusiaan tiada batas sempadan meluahkan kasih sayang.Umi Romlah cuba mencari nilai kemanusiaan menerusi persekolahan sama ada di madrasah,di sekolah biasa mahupun institusi pengajian tinggi.Namun di pengajian juga tidak menemui nilai kemanusiaan kecuali nilai kecintaan yang bermartabat rendah.

Umi Romlah mengenali dua orang lelaki,Anwar dan Ustaz Fikri yang mempunyai nilai percintaan bermartabat rendah.Sekalipun kedua-dua orang lelaki itu mengenalkan dia dengan Muhammad Qayum yang memahami nilai kemanusiaan bermartabat tinggi tetapi Anwar dan Ustaz Fikri juga tidak menemuinya.Mereka sama-sama meneruskan pengajian untuk mencapai kesarjanaan tetapi kesarjanaan juga tidak mampu mencari nilai kemanusiaan sebaliknya sekadar percintaan bermartabat rendah.

Rinduku jauh di Kaabah merungkai falsafah nilai kemanusian bermartabat tinggi yang sukar dicapai oleh nilai percintaan yang bermartabat rendah kalau sekadar mahu menonjolkan kepekaan diri sebalik glori kesarjanaan.Novel ini digarap pengarangnya menerusi pendekatan self criticism yang sederhana.( Harga senaskah: RM 16.90).

No comments:

Post a Comment